Tuesday, 22 November 2011

jangan jadi keldai dadah

                              


KELDAI DADAH

BALING 22 Ogos - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hanya akan membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang dianiaya dan ditipu lalu dijadikan keldai dadah oleh sindiket dadah di luar negara.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak akan melayan mereka yang sengaja mahu menjadi pembawa dadah ke luar negara kemudian ditangkap lalu meminta bantuan kelab itu untuk dibebaskan.
"Kita tidak akan layan mereka yang menjadikan aktiviti keldai dadah sebagai sumber rezeki kemudian ditangkap dan meminta kita pula membantu," katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan sumbangan kuih raya kepada pesakit Hospital Baling (HB) di sini hari ini.
Abdul Azeez berkata, bukan sahaja di Peru, malahan masih ramai rakyat Malaysia kini ditahan sebagai keldai dadah di negara-negara tertentu yang memohon bantuan pihaknya untuk dibawa balik ke tanah air.
Tambahnya, terdapat kira-kira 1,800 mangsa keldai dadah masih berada di negara seperti Argentina, China, Jepun dan negara-negara maju.
Justeru, katanya, kelab itu akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu latar belakang rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar perlu dibantu ataupun tidak.
Katanya, mereka yang dianiaya seperti ditipu dengan tawaran percutian dan tawaran lain termasuk melibatkan orang kelainan upaya (OKU).
"Kita akan selidiki terlebih dahulu sebelum bertanggungjawab membawa pulang mereka ke tanah air kerana hanya mereka teraniaya sahaja akan dibantu termasuk dari segi perundangan," katanya sambil menambah KP1M mempunyai kira-kira 63 peguam bersedia membantu sekiranya khidmat mereka diperlukan.
Sementara itu, Kelab Putera 1Malaysia akan menyediakan 11 buah ambulans untuk diletakkan di kawasan-kawasan panas yang kerap berlaku nahas jalan raya di seluruh negara mulai 26 Ogos ini.
Abdul Azeez memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan perkhidmatan ambulans berkenaan di Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini.
"Ambulans ini akan diletakkan di kawasan kemalangan di lebuh raya seperti di Pagoh, Pekan, berhampiran Tol Sungai Buluh dan beberapa lokasi di jalan persekutuan serta Butterworth Kulim Expressway (BKE)," katanya.
Jelasnya, setiap ambulans dilengkapi dengan sepasukan paramedik dan seorang doktor sukarelawan bagi membantu pengguna jalan raya jika berlaku nahas jalan raya sepanjang tempoh musim perayaan.
Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, perkhidmatan ambulans itu juga disediakan untuk tempoh 24 jam setiap hari.

perdana menteri

Monday, 21 November 2011

insan terbilang

KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH KEJAYAAN :
TERLEBIH dahulu kalam ini ingin mengucapkan “SELAMAT BERCUTI” kepada semua pelajar kerana cuti pertengahan semester 1 telah pun bermula.
nik-nur-madiahahKalam ini juga percaya pasti banyak program-program yang dirancang sempena cuti persekolahan ini. Apa pun program yang dirancang diharap ianya memberi faedah dan manfaat kepada diri anda sekeluarga. Mungkin ada yang merancang untuk pergi melancong, balik kampung dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa untuk mentalaah buku khususnya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini sama ada UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM.
Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?
Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Ana difahamkan ramai wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.
Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.
Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau, “Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.” Itulah rahsia kejayaan beliau.
nik-nur-madiahah-2
Cuba anda tengok (gambar di atas), itulah pondok kecil beliau yang menjadi tempat beliau sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas. Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan. Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.
Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Moga-moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau.
Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ?Tanyalah diri anda pasti anda mengetahui jawapannya.
smile41
Kalam Abu Musaddad/Sabtu 14 Mac 2009
http://ibnismail.wordpress.com

sejarah kemerdekaan

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

by wazy on August 26, 2010 · 15 comments in Informasi
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkaraperkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan.Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh SuruhanjayaReid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahmanmengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan
kemerdekaan.
Pilihanraya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah
dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pengistiharan Kemerdekaan Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan ‘Stadium Merdeka’.Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato’ Abdul Razak yang melawat Stadium
pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato’ Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya. 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato’ Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang daripandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya.
Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket,Tunku menantikan saat untuk bertolak. Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. ‘God Save The Queen’berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcikQueen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat.
Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. Duke kemudiannya menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik ‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku kemudiannya
membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut “Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka”.
Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki Merdeka! Merdeka! Merdeka!
rujukan Google & wikipedia

perdana menteri malaysia yg pertama






PERDANA MENTERI MALAYSIA YG PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903 GELARAN: Bapa Kemerdekaan TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969. Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.

berita semasa sukan sea 2011

Sukan

Harimau 'ngap' Garuda










Malaysia rakam rekod bersih tanpa kalah di Jakarta



SKUAD bola sepak gah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.
Keletihan kami sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium temu Indonesia peringkat kumpulan dan final... keletihan ini berbaloi. - Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Harimau Muda
Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Kemenangan itu membantu kontinjen negara mengutip keseluruhan 59 emas malam tadi selepas skuad berbasikal trek menyumbang empat dan satu daripada renang berirama

biodata syifa

Nama Penuh:Nur Syifa Amirah bin Zainal Ariffin
Tarikh Lahir:15 november 1999
Tempat Lahir:Hospital Umum Sarawak